Hari itu saya benar-benar bengang! Bukan bengang pasal apa-apapun. Bukan pasal naik harga minyak atau kenaikan harga makanan, mahupun ke 'PALUI an' sesetengah 'Ahemm' yang menyumbang kepada kenaikan darah tinggi di kalangan orang seperti saya dan anda. Anda tentu sedia maklum apa yang saya maksudkan..let me save my breath.
Saya ada satu pertanyaan buat rakan-rakan semua "Berapakah harga untuk membaiki zip beg tangan?"
AHA! Inilah yang membengangkan saya tempohari.
Saya masih ingat lagi tengahari itu, tujuan saya ke kompleks Karamunsing ialah untuk menggantikan semula zip yang telah rosak di sebuah kedai jahit di tingkat bawah bangunan lama itu.
"Encik...minta pasang balik zip.." kata saya kepada lelaki yang berkulit gelap yang sedang duduk diatas kerusi itu. Saya pun kurang pasti apa bangsa lelaki tersebut kerana wajahnya tidak memberikan saya gambaran bahawa dia orang tempatan.
"Boleh.." jawabnya. Di kedainya itu kelihatan seorang perempuan awal 20an dan dua orang lelaki yang juga tidak menampakkan ciri ciri orang tempatan.
"Berapa ya?" tanya saya sebelum keluar dari kedainya.
"75" jawabnya.
Pada mulanya saya menyangka dia mengatakan RM7.50. Untuk mendapatkan kepastian sekali lagi, saya bertanyakan kepadanya semula. Lelaki yang berkulit hitam (sabahans..u know what I'm talking about) itupun memberitahu saya bahawa harga untuk menukar zip itu ialah RM75.
APAA!!!??? jawab saya penuh kebingungan dan kebangangan.
Saya terus mengambil beg yang rosak zipnya itu dan serta merta keluar dari kedainya.
Hah! Ini baru saja satu cerita...belum lagi cerita sahabat saya mengenai harga sarapan pagi mee sup kepala ikan di Kolombong yang mencecah hampir RM95 (katanya..ikan yang mahal). Ataupun bubur ayam yang berharga RM6 di fohsang atau durian D24 yang dibungkus 2-3 ulas berharga mencecah RM20 keatas.
Hah! Gila ke apa?
Anda tentu tahu apa kata si-PALUI!
Buzzzzzzzzzzzzzzz out!
My Little HONEYBUZZ World
No man is an island entire of itself; every man is a part of the continent, a part of the main.
Tuesday, October 8, 2013
Wednesday, May 15, 2013
AIRMATA SEORANG CIKGU
( Credit to google )
Dulu, saya pernah menulis akan kisah seorang guru besar yang
begitu tabah menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik dan malam ini saya
akan membawakan sebuah kisah yang berbeza untuk tatapan semua. Kisah ini baru
sahaja disampaikan oleh rakan baik saya yang juga bekerja sebagai seorang pendidik.
“Saya masih ingat akan pelajar lelaki yang berusia 15 tahun
itu” cerita rakan saya yang berwajah lembut itu. Masa itu saya tidak begitu
mengenalinya. Dani (bukan nama sebenar) adalah rakan anak saya yang giat dalam
sukan olahraga. Pada suatu hari itu, anak saya terdengar perbualan Dani dan
rakannya sewaktu dia berjalan bersama-sama menuju ke kantin sekolah. Dani begitu teruja dan
berkata dengan rakannya itu"....
“Eh..ada perlawanan bola keranjangla.. kamu mau
kerjakah, kalau mau, dapat RM5 sehari. Waa...marilah kita jadi penjaga
masa..tidakpun penjaga markah..”
Petang itu anak saya pulang dari sekolah dan secara spontan menceritakan kepada saya
perihal Dani.
“Mengapa mau bekerja hanya
untuk RM5 sahaja, sepatutnya dia pentingkan pelajaran dahulu” kata anak saya.
Pada waktu itu saya mula tertanya-tanya “Mengapa budak ini begitu teruja untuk bekerja
walaupun gaji sambilannya cuma RM5?”
Saya banyak berfikir tentangnya dan hati
saya terasa sebak. “Iyalah, anak saya kira amat bertuah..mungkin wang RM5 tidak
seberapa buatnya dan dalam usia yang begitu, dia hanya memberikan pandangan
mengikut keadaan hidupnya yang tidak pernah susah” tambah rakan saya yang
tinggi lampai itu.
“Selepas itu sayapun merisik latar belakang Dani. Apa yang
saya ketahui kemudian mengenai Dani amat merobek hati saya. Rupa-rupanya Dani
datang dari keluarga yang miskin. Ibubapanya telah lama bercerai. Bapanya
langsung tidak mempedulikannya. Bayangkanlah, bila diminta pembayaran kos-kos
buku nota, bapanya langsung tidak datang. Bayaran buku tulis dan lain-lain
langsung tidak dihiraukan. Patutlah RM5 sungguh bermakna untuknya. Hati saya
sebak. Anak miskin ini mungkin pergi sekolah tanpa wang saku dan makan minumnya
mungkin juga tidak pernah terjaga” tambahnya panjang lebar dan sekali sekala kelihatan
rakan saya itu mengelap airmatanya.
“Masih disekolah sekarang?” tanya saya.
“Dani sudah dibuang sekolah...prestasi kedatangannya amat
rendah”... keluh rakan saya itu.
“Hati saya menangis setiap kali saya mengenangkannya dan
setiap hari itu juga saya berdoa untuknya.”
Sewaktu saya menulis akan cerita ini, saya juga berasa agak
sebak. Saya ingin bertanyakan kepada para pendidik, perlukah seorang pelajar
yang bermasalah itu diberhentikan sekolah? Tidak ada jalan lainkah untuk
menandatangani masalah sebegini? Apakah rekod kecemerlangan sebuah sekolah itu
lebih penting dari memberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya untuk anak-anak
yang bermasalah ini? Adakah nama sekolah begitu penting nilainya dari masa
depan seorang pelajar yang sangat memerlukan sokongan moral dan perlindungan? Tidak ada cara lainkah selain dibuang sekolah? Mengapa kita perlu berputus asa? (Pertanyaan ini saya khususkan kepada masalah pelajar seperti Dani)
Apa masalah kita sebenarnya? Saya benar-benar ingin tahu!
Saturday, March 16, 2013
Airmata seorang perempuan (2)
Sebenarnya, saya sudah lupa akan cerita ini. Apabila saya membaca sekilas dua akan entri-entri terdahulu, baru saya teringat akan cerita ini apabila saya membaca semula kisah "Airmata seorang perempuan" http://honeybuzzin.blogspot.com/2008/10/airmata-seorang-perempuan_09.html
Kisah lama ini telah disampaikan oleh rakan sekolah saya Cyndi. Saya sebenarnya tidak tahu sejak bila Cyndi mempunyai teman. Cyndi yang berkacukan Inggeris dan Sikh itu sememangnya agak cantik dan begitu ramah orangnya. Dia menceritakan kepada saya akan kisahnya tanpa menunjukkan rasa sebak.
"Saya sebenarnya kecewa jugaklah kerana perkara itu terjadi...tetapi saya benar-benar tidak tahu Jay telah ada teman wanita. Masa itu kami baru keluar bersama dari kompleks beli-belah....tiba tiba ada seorang perempuan menghampiri kami. Dia maki hamun Jay, kemudian perempuan itu menyentap rambut yang saya sanggul dan kemudian menolak saya jatuh..."
".. saya cukup malu, sudahlah saya jatuh, rambut pula kusut masai.. terselak skirt pendek saya...pada waktu itu ramai pula orang menyaksikan pergaduhan kami bertiga"
Saya hanya memandangnya penuh 'tension' apabila dia menceritakan babak itu. Mata saya terus membulat dengan besar. Cyndi sebenarnya hanya memiliki ketinggian 4 kaki 9 inci sahaja, dan ketika kejadian itu dia memakai kasut bertumit tinggi yang tingginya 3inci. Aishhhh....sadis!
Anak seorang doktor, dia memberitahu,.........." Saya geram betul, tapi sebab terlalu ramai orang melihat kami, "I have to keep my cool" tambahnya lagi.
Dia menceritakan betapa geram hatinya dikala itu, mahu saja dia ganyang perempuan itu tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia bangun, memperbetulkan skirt pendek yang tersingkap naik, mengemaskan rambut yang kusut masai dan kemudian menghampiri perempuan yang menyakitinya sebentar tadi.
Tanpa sebarang amaran, Cyndi lantas memberikan satu tamparan kuat dan tepat ke muka perempuan itu dan selepas itu dengan penuh selamba berjalan pergi dari situ. Cyndi menceritakan kepada saya bahawa perempuan itu menangis sebaik sahaja menerima tamparannya.
Jay, jantan yang tidak berguna itu hanya terdiam tidak dapat berbuat apa-apa. Cyndi langsung tidak memandangnya. Sakit benar hatinya.
Saya melopong apabila diberitahu reaksinya itu.
"Tidak bolehkah dia (perempuan) itu bersikap lebih baik ..ini tidak, terus sahaja memukul orang. Kurang Ajar betul!" kata Cyndi yang kemudiannya tergelak pula apabila teringatkan dirinya yang jatuh di khayalak ramai. "Malu...saya jatuh di hadapan ramai orang...aishhhh..."
"Lelaki itu masih call you.." tanya saya.
"Ada..masih terus menerus menalifon saya..tapi saya tidak mahu ada apa-apa perhubungan pun dengan dia. Lagipun saya cuma anggap dia seperti rakan biasa sahaja" jelas rakan saya yang memiliki rambut yang melepasi bahu.
Nah! Inilah susahnya kalau kita tidak mengenali peribadi sebenar orang yang kita dampingi. Saya cukup tidak setuju perempuan bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki. Ada yang saya tontoni di youtue berkenaan dengan pergaduhan yang melibatkan perasaan cemburu dan iri. Apa juga gunanya kita (perempuan) berkelahi sesama sendiri..bukankah rugi? Alangkah bagusnya kalau perempuan lebih banyak mempelajari seni mempertahankan diri dan disepaknya itu adalah ........
Hmmm....anda tentu tahu maksud saya, apa bukan?
(..sepak sahaja yang jahat..yang baik kita sayang k! Auww....)

Thursday, March 7, 2013
Cerita Seorang Tukang Kasut - Acik
Namanya Acik. Orangnya sederhana sekali. Hari ini saya membawakan sebuah kisah pendek yang disampaikankan oleh Acik. Ada kisah-kisahnya yang lain tetapi kisah pendatang asing inilah yang cukup menarik minat saya untuk memberitahu kawan-kawan semua.
Sebenarnya beberapa bulan yang lalu, kami berbual berkenaan perihal PTI - (Pendatang Tanpa Izin) yang banyak memberikan masalah kepada penduduk tempatan Sabah. Biasalah, kalau sudah bercerita, macam-macam berita sensasi pun keluar. Acik memberitahu saya, "Di KL sinipun ada masalah itu.."
"Pernah ada masalah dengan pendatang asing?" tanya saya memandangnya.
"Ada" katanya lagi.
"Dulu, semasa saya mencari nafkah dikawasan itu, (maaf, saya tidak ingat nama kawasan itu) ada beberapa pendatang asing cuba menghalau saya dari tempat itu.." tambahnya lagi.
"Bolehkah begitu? Apa yang Acik buat?" .."Tidak takut ka?' tanya saya.
"Saya takut juga..sebab mereka tu ramai. Jadi saya memberanikan diri bertanyakan kepada mereka.
"kamu ini Islamkah?
Bila mereka memberitahu saya mereka itu orang Islam barulah saya bertanyakan kepada mereka lagi.
"Saya orang Islam dan saya rakyat Malaysia. Apa hak kamu menghalau saya dari mencari makan disini? Kita sama-sama cari makan, kamu ada kawasan kamu, saya ada kawasan saya. Saya tidak curipun pelanggan kamu" kata Acik kepada beberapa pendatang asing yang juga menjalankan perniagaan membaiki kasut.
Selepas mendengar apa yang saya katakan itu, mereka terus beredar dari situ. Selepas beberapa minggu, kawasan tempat saya berniaga telah diserbu oleh pihak berkuasa. Ramai juga yang telah ditangkap.
"Wah... susah juga begitu ya....mencari nafkah di tempat sendiripun kena bersaing.." kata saya.
Ini hanyalah sebahagian ceritanya yang dapat saya sampaikan disini. Susah benar saya memberikan penumpuan untuk berblogging. Minda saya saban hari tertumpu pada kes pencerobohan di Lahad Datu. Ada yang menghantar pesanan telefon kepada saya menanyakan ini dan itu dan tahap keselamatan kami di Kota Kinabalu. Maklumlah di KK pun ramai pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan Malaysia.
"Susah!...susah hati!.... dulu kita hanya mendengar kisah-kisah perang yang berlaku ditempat lain, tidak terduga pula boleh terjadi disini. Anda tidak tahu betapa sukarnya melalui perasaan itu. Betapa payahnya melalui kehidupan seharian bila mengetahui kita "tidak begitu selesa" disini. Masih ingatkah dengan cerita kawasan perumahan saya dimasuki pencuri?
Salah siapa? Angkara siapa? Siapa pengkhianat sebenarnya sehingga pengganas begitu berani mengganas?
Banyak penjelasan dan banyak pula tanda tanya perihal kes pencerobohan yang berlaku. Sekejap ini, sekejap itu, sekejap begini, sekejap begitu, dia kata ini, dia kata itu...
"Saya ingin membeli pil kasi hilang bingung" kata seorang rakan di fesbuk. Saya cukup setuju dengannya.
Saya pun rasa bingung!
Buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzout.
(Ucapan takziah kepada anggota keluarga mereka yang terkorban untuk melindungi rakyat Sabah. Jasamu tetap dikenang! Terimakasih kerana melindungi kami)

Saturday, January 26, 2013
Kita memang tidak berdisplin!
Lama benar saya tidak bercerita. Terlalu banyak perkara yang bermain di minda saya. Perkara yang melibatkan hal isu semasa, terutamanya hal-hal bersangkut paut dengan kerancakan PRU13 yang sememangnya dijangkakan akan berlangsung tidak lama lagi. Begitu juga dengan isu PTI - Pendatang Tanpa Izin di Sabah yang seringkali menjadi topik hangat di laman maya.
Dalam kerancakan tuduh menuduh, saling salah menyalahi dalam arena politik ini, perkara kehilangan adik Williamlah yang paling merobek hati saya.
Apa yang ingin saya sampaikan kali ini adalah rasa kekesalan apabila melihat masih ada ibubapa yang tidak mengambil ikhtibar dari musibah yang baru-baru ini menghantui kita semua.
Tengahari tadi sewaktu saya sedang membeli belah di Tongs, Wisma Merdeka, saya amat terkejut apabila melihat masih adanya sikap sambil lewa sesetengah ibubapa yang membiarkan anak-anak kecil mereka berjalan sini sana tanpa pengawasan rapi. Saya cukup hairan!
Mengapa anak-anak kecil yang kurang dari 5 tahun ini dibawa juga untuk membeli-belah sekiranya tidak dapat diawasi dengan baik?
Apa yang saya lihat dalam kesibukan orang ramai yang membeli belah di situ tadi, ada seorang ibu begitu sibuk melihat baju-baju di rak pakaian. Saya berdiri bertentangan dengannya. Anak perempuannya yang berusia lingkungan 4-5 tahun itu merengek lama. Saya kurang pasti apa yang direngekkannya. Ibunya pula hanya membalas kata-kata anaknya itu tanpa menoleh sedikitpun kearahnya. Matanya hanya tertumpu pada pakaian-pakaian jualan murah yang dibeleknya. Perkara yang saya saksikan itu sekaligus menimbulkan perasaan gerun di hati.
Sampai bilakah kita akan baca di dada akhbar mengenai kehilangan seorang anak atau pembunuhan seorang anak lagi? Fikir-fikirlah...
(Pihak polis menggunakan anjing untuk menjejaki adik William yang hilang - gambar dari google) RIP Little William.

Saturday, November 17, 2012
Hujan dihati kita...
Banyak yang kita baca dan ketahui melalui laman internet mengenai "doomsday", filem 2012, dan tentang kalendar Mayan yang mengatakan akan kiamatnya dunia kita di bulan hadapan. Semua ini saya baca dengan seribu satu perasaan yang begitu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Haiiiiiizzz......kalau sudah tiba masanya untuk saya pergi menemuiNYA...saya pasti pergi. Samada hari kiamat atau tidak, mana mungkin kita tahu akan kesampaian waktu itu?
Semua ini membuat saya teringat akan sebuah kisah yang pernah disampaikan oleh dia. Kisah tentang rakannya yang meninggal secara tiba-tiba.
"Malam itu kami berempat masih bermain mahjong" kata dia. "Saya tidak menjangka itulah kali terakhir saya bersamanya".
"Apa yang sebenarnya terjadi?" kata saya sambil menggenggam tangannya.
Dia pun menceritakan kepada saya bahawa malam itu mereka berempat bermain mahjong dirumahnya. Itu bukanlah kali pertama mereka bersama meluangkan masa. Mereka berempat selalu bertukar tempat lokasi, kadang-kadang rumah si kawan ini, kemudian minggu hadapan di rumah kawan yang lain pula.
"Saya masih ingat malam itu seperti malam minggu yang lain-lain. Tidak ada juga apa-apa yang ganjil tentang arwah. Selepas tamat permainan pusingan terakhir, kamipun mengucapkan selamat malam dan masing-masing pulang kerumah. Malam itu kami tidur nyenyak sehinggalah saya mendapat panggilan cemas dari keluarganya. Betapa terkejutnya saya, rakan saya yang gempal itu telah meninggal dunia dua jam selepas kami beredar dari rumahnya. Saya diberitahu bahawa dia diserang sakit jantung" jelasnya dengan panjang lebar.
Saya memandang raut wajahnya yang tampan lantas memeluknya. Saya faham benar perasaan itu. Saya ingat peristiwa beberapa tahun yang lalu dimana kakak saya telah pergi menemuiNYA. Hujan malam itu seolah mengiringi tangisan saya bersama. Haizz....terasa rindu pula padanya sekarang. Mana mungkin kita tahu bila tiba masanya....iyalah...bila tiba masanya................

Saturday, October 27, 2012
Kadar Jenayah menurun?..apa sudah jadi?
Selepas kejadian pencuri menceroboh di kawasan kami, semua penduduk mulai berhati-hati. Sebelum ditangkap, pencuri yang berstatuskan pendatang tanpa izin (PTI) telah menggugut kami. Katanya kami semua akan susah nanti.
Apakah patut saya marah? jawapan saya 'ya'
Apakah patut saya rasa tergugat? Anda berpendapat bagaimana?
Semalam saya telah pergi ke sinsuran kerana ingin membeli barangan untuk dibuat kraftangan. Semasa menunggu pemandu lain untuk keluar dari tapak kereta, saya terdengar kereta belakang membunyikan hon. Sebuah teksi jenis merah putih. Tiada kesabaran langsung pemandu itu.
Saya lantas memandu pergi dan berhenti sementara secara 'double park" berdekatan kereta lain. Apa yang mengejutkan, pemandu teksi yang berkulit gelap, bertrampilan seperti gaya seorang samseng memandu pergi sambil memberikan saya satu pandangan yang cukup marah dan tajam. Muka seorang penjenayah lagaknya. Langsung tiada ciri-ciri seorang tempatan!
Inilah yang cukup menghairankan. Mengapa orang bukan tempatan yang menjadi pemandu? Apa sudah jadi? Bukan sahaja teksi tetapi rata-rata pemandu bas di tempat ini pun bukan rakyat tempatan. Tidak percaya? Rajin-rajinlah turun 'padang'.
Dulu saya ada menulis entri berkenaan jenayah - JENAYAH - SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU. Jadi hari ini saya menulis lagi beberapa perkara yang terjadi di tempat kita.
YANG PERLU ANDA TAHU...
1. Sekiranya anda meletakkan kenderaan di mana-mana, adalah baik sekiranya anda memandu kereta anda secara 'reverse in'. Saya pernah mendapat email berkenaan ini. Adalah mudah untuk kita memandu pergi dengan segera sekiranya ternampak gelagat yang mencurigakan.
Terus terang saya beritahu disini, sekiranya kereta saya dihalang depan belakang, memang saya tidak teragak-agak untuk merempuh terus orang itu. I'm serious. Don't dare me! Yang paling penting ialah keselamatan diri, kalau dirompak sahaja tidak apa...kalau dibunuh..apa macam itu?
2. Kadang-kadang dikereta kita terselit kertas kertas melanggan ini itu diatas cermin kereta ataupun dibelakang cermin kereta. Anda dinasihatkan supaya jangan mengendahkan kertas-kertas ini. Masuklah kedalam kereta anda lalu memandu pergi dengan segera.
Baru-baru ini ada seseorang menulis akan perkara ini di fesbuk dan dikatakan sebaik sahaja seseorang mengambil kertas yang diselit itu (dibelakang), maka ada yang datang mencuri bag ataupun memandu pergi kereta itu.
Pada mulanya saya tertanya-tanya jugak, sempatkah penjahat itu berbuat demikian? Tentu boleh! Itupun sekiranya anda menghidupkan enjin terlebih dahulu, meletakkan beg di sebelah tempat duduk yang kosong dan secara bebalnya turun dari kereta dengan enjin yang hidup dan mengambil kertas yang diselitkan di belakang kereta. Jelas?
3. Beberapa minggu ini heboh dengan cerita dimana ada kereta penjenayah yang menghalang mangsa dari luar pagar kawasan rumahnya. Si penjahat itu berpura-pura mengatakan keretanya rosak dan meminta segelas air kerana dahaga. Sewaktu mengambil air untuk keparat itu, beg yang tersimpan didalam kereta itu telah diambil. Ada pula yang begitu mulia menjemput penyangak itu dan semasa mengambil air untuknya dari dapur, beg di rumah telah diambil pergi. Haisshhhh....Memang susah berbuat baik pada zaman ini.
4. Kes terbaru yang saya baca dari fesbuk ialah dimana semasa seorang ibu membiarkan anaknya keseorangan didalam kereta, seorang pembonceng lelaki yang tidak dikenali cuba membuka kereta itu melalui cermin kereta yang sedikit diturunkan. Apalagi ..maka menjeritlah budak itu sekuat hatinya.
Ibu budak itu begitu terperanjat apabila melihat lelaki yang tidak dikenali itu cuba membuka keretanya. Ibu yang pergi sebentar untuk mengambil anaknya yang lain yang tamat sesi persekolahan diseberang jalan itu mungkin tidak akan dapat melupakan peristiwa ini seumur hidupnya.
5. Sekiranya anda seorang pemandu yang baru mengeluarkan wang dari bank, teruskanlah perjalanan anda tanpa singgah dimana-mana. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa terdapat sindikit-sindikit diluar sana yang meneliti jadual perbankan seseorang.
Sekiranya anda biasa mengeluarkan wang pada hari-hari tertentu, ubah-ubahkanlah jadual waktu anda. Pastikan bulan atau hari pengeluaran wang anda berbeza beza dari masa ke semasa. Anda juga disarankan supaya jangan membuat pengeluaran wang di tempat yang lengang. Elakkan dari membuat pengeluaran seorang diri ataupun melayan sesiapa sewaktu membuat transaksi di ATM. Dikatakan mereka ini bergerak secara berkumpulan dan bukan orang tempatan.
Kadar jenayah menurun?
Hanya anda sahaja yang dapat membuat penilaian ini.
Sometimes, when we think about it, we, the people, know better than our leaders. Most probably is we are the one who always have to face all these - Anonymous

Subscribe to:
Posts (Atom)