Namanya Acik. Orangnya sederhana sekali. Hari ini saya membawakan sebuah kisah pendek yang disampaikankan oleh Acik. Ada kisah-kisahnya yang lain tetapi kisah pendatang asing inilah yang cukup menarik minat saya untuk memberitahu kawan-kawan semua.
Sebenarnya beberapa bulan yang lalu, kami berbual berkenaan perihal PTI - (Pendatang Tanpa Izin) yang banyak memberikan masalah kepada penduduk tempatan Sabah. Biasalah, kalau sudah bercerita, macam-macam berita sensasi pun keluar. Acik memberitahu saya, "Di KL sinipun ada masalah itu.."
"Pernah ada masalah dengan pendatang asing?" tanya saya memandangnya.
"Ada" katanya lagi.
"Dulu, semasa saya mencari nafkah dikawasan itu, (maaf, saya tidak ingat nama kawasan itu) ada beberapa pendatang asing cuba menghalau saya dari tempat itu.." tambahnya lagi.
"Bolehkah begitu? Apa yang Acik buat?" .."Tidak takut ka?' tanya saya.
"Saya takut juga..sebab mereka tu ramai. Jadi saya memberanikan diri bertanyakan kepada mereka.
"kamu ini Islamkah?
Bila mereka memberitahu saya mereka itu orang Islam barulah saya bertanyakan kepada mereka lagi.
"Saya orang Islam dan saya rakyat Malaysia. Apa hak kamu menghalau saya dari mencari makan disini? Kita sama-sama cari makan, kamu ada kawasan kamu, saya ada kawasan saya. Saya tidak curipun pelanggan kamu" kata Acik kepada beberapa pendatang asing yang juga menjalankan perniagaan membaiki kasut.
Selepas mendengar apa yang saya katakan itu, mereka terus beredar dari situ. Selepas beberapa minggu, kawasan tempat saya berniaga telah diserbu oleh pihak berkuasa. Ramai juga yang telah ditangkap.
"Wah... susah juga begitu ya....mencari nafkah di tempat sendiripun kena bersaing.." kata saya.
Ini hanyalah sebahagian ceritanya yang dapat saya sampaikan disini. Susah benar saya memberikan penumpuan untuk berblogging. Minda saya saban hari tertumpu pada kes pencerobohan di Lahad Datu. Ada yang menghantar pesanan telefon kepada saya menanyakan ini dan itu dan tahap keselamatan kami di Kota Kinabalu. Maklumlah di KK pun ramai pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan Malaysia.
"Susah!...susah hati!.... dulu kita hanya mendengar kisah-kisah perang yang berlaku ditempat lain, tidak terduga pula boleh terjadi disini. Anda tidak tahu betapa sukarnya melalui perasaan itu. Betapa payahnya melalui kehidupan seharian bila mengetahui kita "tidak begitu selesa" disini. Masih ingatkah dengan cerita kawasan perumahan saya dimasuki pencuri?
Salah siapa? Angkara siapa? Siapa pengkhianat sebenarnya sehingga pengganas begitu berani mengganas?
Banyak penjelasan dan banyak pula tanda tanya perihal kes pencerobohan yang berlaku. Sekejap ini, sekejap itu, sekejap begini, sekejap begitu, dia kata ini, dia kata itu...
"Saya ingin membeli pil kasi hilang bingung" kata seorang rakan di fesbuk. Saya cukup setuju dengannya.
Saya pun rasa bingung!
Buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzout.
(Ucapan takziah kepada anggota keluarga mereka yang terkorban untuk melindungi rakyat Sabah. Jasamu tetap dikenang! Terimakasih kerana melindungi kami)
2 comments:
Sengketa ini semakin rumit kerana ada ehsan belas bila melibatkan emosi dan taksub bangsa sesama agama... cuba kalau... hurmmm
Iyalah..cuba kalau....hmmm...
Post a Comment