Saya duduk bersebelahan dengan gadis itu semasa menaiki pesawat pulang ke Kota Kinabalu beberapa bulan yang lalu. Orangnya agak manis dan berperwatakan menarik. Mungkin kerana saya adalah seorang yang agak peramah dan suka berkawan maka amat mudahlah untuk saya memulakan sesuatu topik perbualan itu.(..jangan salah faham arr...tengok orang jugalah, kalau lelaki duduk disebelah tak perlu cerita banyak..senyum sahaja dah memadai, nanti lain-lain pulak jadinya..disangkanya 'escort'..nah..cari penyakit!)
Banyaklah yang kami sembang, iyalah..sekadar nak menghilangkan kebosanan selama dua setengah jam di pesawat tu. Apabila perbualan kami semakin rancak, gadis ini memulakan sebuah perbincangan yang tidak dijangka oleh saya. Ditanyanya saya, apakah pendapat saya mengenai kekasih kepada seorang lelaki yang sudah berumahtangga? Aikk...tetiba pulak dia tanya soalan sebegini, tapi saya teruskan jugalah menjawab soalannya. Saya berkata padanya bahawa saya sebenarnya tidak berapa setujulah, terutamanya bila lelaki itu adalah bapa dan suami orang, tak patutlah diganggu.
Dia pun menanyakan saya lagi, mengapa masyarakat memandang serong kepada perempuan yang menjadi orang kedua....Sayapun menjawab, "kalau dah tahu kepunyaan orang, mengapa harus diganggu". Dia tak puas hati, diajukan lagi soalan kepada saya..."Bagaimana kalau perempuan itu tidak tahu lelaki itu sudah berkahwin?"
Pada masa inilah, saya rasa sedikit terkilan kerana perempuan ini betul-betul jahil..mungkin terlalu muda. Saya malas pula nak beramah tamah dengan perempuan itu. Inilah jawapan saya kepadanya.."Itulah sebabnya bila kita berkawan dengan seseorang, kita harus tahu dengan siapa kita berkawan....iyalah..banyak perkara perlu kita ambil tahu dan selidiki. Banyak juga perdebatan kata-kata secara 'sopan' yang berlaku diantara saya dan gadis muda itu.
Kemudian dia mula berterus terang dengan saya. Dikatanya dia masih belajar, umur baru 20tahun. Dia sedang bercinta dengan seseorang..(nah..anda mungkin sudah tahukan?..Tepat sekali)..dengan suami orang! Saya rasa sedikit guguplah sebab kami baru berjumpa dan dia begitu terbuka. Saya menanyakan kepadanya, bagaimana mereka berjumpa? "Di internet" katanya. Dikatanya lagi, lelaki itu akan menaiki pesawat untuk menemuinya dan dia diberi hadiah semasa harijadi dan bermacam-macam lagi. (hmm..begitu pula teknik mengorat ya..)
Saya terpaksa senyum kambing...iyalah..kita sedang berdepan dengan spesis yang agak luarbiasa.. JANTAN!
Saya berkata "kalau lelaki itu boleh menipu isterinya, anda berkeyakinan bahawa dia akan jujur juga dengan kamu?"
"Itupun pernah terlintas di fikiran saya" katanya.
"Kamu tahukan dia sudah beristeri dan punya anak?" "Ya..tapi ini cinta pertama saya..." katanya lagi.
"Ba...kamu ada pilihan sebab belum berkahwin dengannya. Kamu boleh pilih untuk meneruskan perhubungan sebegini atau tidak ..atau meneruskannya dan menghadapi hari-hari yang tidak seindah yang disangka" jawab saya penuh selamba dan mengakhiri perbualan menarik hari itu. (kapal suda mao landing arr..tiba KK)
Saya sebenarnya agak terkilan kerana saya berpendapat perempuan paling rugilah dalam soal ini. Yang jadi isteri terpaksa menderita melayan karenah suami yang sebegitu, dan kekasih kepada lelaki sebegini terpaksa pula menghadapi masa depan yang "TIDAK" begitu cerah. Saya tidak mahu menyalahkah "kekasih" seratus peratus, begitu juga pada mereka yang bergelar isteri, tetapi saya ada terfikir, bila si suami beralih kasih..silapnya dimana? Mana-mana situasi pun, perempuan juga yang menangis...
18 comments:
This is a very interesting topics and good to be discussed. It concern many couples nowadays. Ada sesetangah org klu sudah mabuk bercinta tu, ndak peduli lagi akibat dia menjalin hubungan sulit. Dalam peringkat ini, mmg sukar untuk menerima nasihat spt amoi dlm cerita ko ini. Apa yg ko kasih nasihat sm dia tu mmg betul. Cuma dia telah mengeraskan hatinya terhadap nasihat ko. Sebenarnya dia mengharap ko akan memberi sokongan dan dorongan kepada dia. Dia harap ko cakap "ok baitu. Klu sdh saling mencintai, halangan yg datang boleh diatasi bersama". Cinta pertama memang sukar dilupakan terutama jika sdh termakan budi atau body ;) Ngamlah ko timbak dia tu. At least she has something to ponder.. GBU
Interesting! Ada sorg kawan kpd awek saya, dia gaduh ngan sorang awek ni kerana berebutkan sorang lelaki. Yg masalahnya, lelaki tu yang menduakan mereka, mereka pula yg berteriak2, gaduh2.. baik marah lelaki tu, kan?
Hmm.. Cinta itu membutakan tapi, sebenarnya, mereka ada cuba melihat x sebelum jatuh cinta?
Manusia sudah mjadi lumrah, terhantuk baru tengadah? hmmm Dia berbicara soal yg sudah terjadi, kenapa tidak berbalik ke perkara pokok iaitu mcmana boleh 'terjalin' hubungan dengan suami orang? bagus tindakan ko ni Honey.
ya tidak dinafikan mmg lelaki (bukan suma ah, harap2 sy ma si Ornest nda masuk list) ni suka test saham serta memiliki perasaan sama spt ppuan, minta dicintai dan menyintai... biasanya klu ditanya jwbn 'ala.. bini sy sdh tidk syg sy lagi..' atau 'hubungan kami tidak spt dulu' adalah jwbn2 biasa. namun untuk menyangkal kewujudan lelaki yg memang kaki jerat memberi 'budi dan meminta body' (thanks for the term bro Ornest) amat sukar... walhal mereka ini serba ada. Kerana itu mereka sanggup buat apa saja. ini hanya pelaburan kecil yg pada mata kaum hawa adalah pengorbanan besar tetapi sebaliknya bg si hidung belang tadi...
kaum hawa diluar sana, pesan sy 'berkawan biar seribu, berkasih biar satu, berkawin biar satu, beranak pinak biar seribu' hehe (kasih kalah tu pilak ka Ornest? hehe) Berhati-hati la senantiasa. Musang sudah tidak berbulu ayam... Musang pun sudah menjadi orang 'baik-baik' skg ini. Dunia sudah berubah... GOD bless!
Reno, luar biasa penerangan ko ini hehehe..
Benar tu. Ramai lelaki yg sdh berkahwin menjadi "kedinginan perkahwinan" sebagai alasan utk menjalin hubungan cinta dengan yg perempuan yg lain. Padahal bini di rumah mati2 jaga anak, make sure semua keperluan rumahtangga dipenuhi, kasih kemas rumah, masak segala.. Bila isteri penat dan tidak dapat melayan suami, suami kecik hati pula dan sinang2 kasih jadi itu sbg alasan pula cari lain. Sepatutnya sang suami meneliti kekurangan diri atau kekurangan dlm rumahtangga dan berusaha untuk memperbaikinya.. bukan pigi cari yg lain :D Silap strategi tu geng hehehe
sia sukung si reno honey..haaha..begitulah....kalau manusia nie..tapi kalau tdk kena..cm mana mau dpt pengalaman kan? heheh
-_-" yup! like oiga say... this is interesting.. -_-"" wat am i thinking bout this post is:-
1. Yes shes too young and kinda naive wif situation like "this"
2. she fall in loves with some "cheap or watever" tactic that 'the guy' is applying on her~ without knowing this guy is attached (after knowing him then baru dia sedar.. kunun idk~) <-- not really her fault.. shes "naive" remember? -_-""
3. guys = lie / female = lies too.. (they = equal) ~~ at the end.. "everythign doom to be.. "bad or worst"
4. screwing pple = might be this guy's intentions.. u know.. "younger babes??" [ 2 victims here : wife & this naive girl~] <-- this guy sux! but he dooming himself TOO --->why? coz: FIRST: relationships wif wifey gone bad, SECOND: he's screwing a girl life.. (perhaps who know..? O_o" rite? shes naive!) THIRD: How is he gonna life wif.. "messy world?" <--- sooner or later will be feel good bout it..? -_-"
5. Shes (this young girl) is EXTEREMELY naive! and she need "answer" .. a bit desperate to know.. thats y she end up to ask u all this thing.. coz.. --> she knew she'll never met u again~ ;) at least she get her answer.. ;) and she really try NOT TO TRUST THE TRUTH that she got from u.. coz she try to argue back.. ;)
6. female = always occupied wif "tears" <-- not fair.. watever.. its life.. :(~
7. I hate talking! haha!!.. ^_^
anyway.. honey.. :) rock on.. hehe.. lov ur post.. ;) xoxoxo
Bagus ni post....
Ada dua kategori yang saya tahu disini... satu mengenai cerita ini, dan satu lagi yang sama dengan cerita ini tetapi tidak sama dengan yang ini.. :)
Ornest,
Terimakasih kerana memberikan komen, saya cuma memberitahu dia akan kebenaranla...dan saya berpendapat dia patut ramaikan kawan dulu..saya harap yang terbaiklah buat dia..itupun kalau dia ada 'fikir-fikir'..
hi Ryu....saya teringat pula sebuah cerita time sekolah menengahlah...pasal perempuan bergaduh pasal sorang lelaki..nantila saya ceritakan di blog..
Keadaan tidak yang seperti kamu ceritakan tapi my friend tu betul-betul 'COOL' arr..Adios!
(wait for my next article)
Reno...
Betul tu!
San...mana-mana situasipun...samada sama atau tidak sama atau seakan-akan sama..perempuan juga yang akan menangis. Thanks for commenting.
Andrik my friend, pengalaman sebegini hanya akan mengundang kepasrahan.
Beck dear,
You are right! There are indeed some good guys out there too. Just becareful, don't end up making wrong decision in life. TakeC
honey ... adakalanya kita lebih mudah berbicara dengan orang yang tidak kita kenali ... untuk jawapan dan pandangan yang rational ...
kalau kita dah kenal ... selalunya ... pandangan tuh berat sebelah ...
:)
Ya..benar tu sis Mira. Honey harap sangat dia berubah fikiran la..sebab dia terlalu muda. Susah tu kalau dah tersilap buat keputusan dalam hidup terutamanya sekali dalam soal masa depan.
Baru 20tahun...what a waste!!
agreed with mira.. kalau citer dgn org yg kita selalu jumpa..agak bahaya. sbb kita kenal. kalu kenal dlm flight.. kejap je jumpa.. percentage nk jumpa lg org yg sama pyh.. bkn lbh selamat?
mungkin perempuan tu.. terlalu muda.x dpt fikir..
tp.. kdg2.. jgn salahkan org ke dua.. cth.. jika perempuan jd isteri ke dua ke.. suami kawin lain ke.. sbb x siapa nk berkongsi kasih. tp.. kalu dh ditakdirkan..bley ke kita lwn?
Hi 6ky Angel, selamat datang ke blog Honey. Kalau saudari bercakap tentang 'takdir' memanglah tak boleh nak buat apa-apa tapi saya cuma terkilan sedikit, gadis itu masih muda, dia patut ramaikan kawan dulu..tapi iyala..bercakap dengan 'stranger' lebih senang dari bercerita dengan orang yang kita kenali. (ini saya setuju) Saya hanya dapat berpesan kepadanya supaya berfikir baik-baik sebelum membuat sesuatu keputusan itu kerana 'hidup' sebegitu tidak selalunya indah! Selain lelaki yang baik dan berhemah di dunia ini, jangan lupa ada juga jenis "buaya"...gitu arr..
Buzzzzzzing Out
aii honey..adeh camne nak ckp eh,just call me -ama- jerks..k honey, ama banyak menagis sbb lelaki actually.i mean bukan ramai laki,just sorg jerks..tp yg sorg nie ler yg buat ama bnyak nagis..air mata perempuan.cam irama dan lagu ;) that's my 1st love...n skang cam xderk penghujung jerks..entah la.ama tls blog nak luahkan pe yg ama rs..tp nak describe lebeh2 pasal feeling nie susah sgt.takot..
Salma..toksah le bersedih sangat..yg lepas tu toksa dikenang..
Molekle tulis blog...ada juga tempat Curhat...Honey pun macam tu..tapi tulis perkara lain arr..kasi hilang tension. Honey pun tk brani nak lebeh-lebeh..ala kadar je tulis2 blog ni asal jangan sampai kena block! tk menyinggung prasaan org gitu arr..
salam
Post a Comment