"..pernah kamu terjumpa orang yang pelik-pelik..?" tanya makcik kepada saya. Ketawa saya sejenak apabila mendengar soalan makcik itu. Kalau setakat orang yang pelik-pelik gayanya, bukan main banyak yang pernah saya jumpa.
Baru-baru ini selepas kereta saya dirempuh oleh lelaki gempal itu, dia ber'SMS' dengan saya meminta pertolongan saya untuk membayar samannya itu.
"Aikk...pelik benar orang yang begitu...sudahlah kereta saya dirembatnya, (sila baca entri POLIS TRAFIK HARI ITU...) dia berani pula meminta pertolongan saya untuk membayar samannya kerana tidak mampu. Sakit kepala saya dibuatnya!
Tapi itu bukan maksud makcik. Orang yang pelik-pelik berdasarkan pengalaman makcik itu memang luar biasa peliknya. Tidak sabar-sabar pula untuk saya menceritakan kepada kawan-kawan semua akan cerita tahun 80an ini. Cerita yang benar-benar pelik dan penuh misteri, saya percaya tentu ramai yang terperanjat apabila membaca entri kali ini.
Masih jelas dingatan makcik pada tahun 80an itu, hotel penginapan tiga bintang di bandar kita kecoh dengan kehadiran seorang perempuan berbangsa Inggeris yang menginap di hotel itu. Apa yang menakjubkan disini, perempuan yang berkulit putih itu hanya memakai baju serba putih, sepatunya putih dan cat di kukunya juga putih. Iyalah, segala-galanya serba serbi berwarna putih.
Meremang juga bulu roma saya apabila mendengar cerita makcik ini.
"Perempuan ni gila agaknya" kata saya kepada makcik.
"Tidak...." kata makcik. Beliau terus menceritakan kepada saya akan permintaan-permintaan pelik perempuan Inggeris yang kaya itu. Katanya, semasa ingin menjamu di restoran hotel itu, perempuan itu meminta beberapa perkara yang cukup pelik.
Dia meminta kerusi yang didudukinya berwarna putih, bunga yang diletakkan diatas meja juga berwarna putih bersertakan lilin putih yang menyala, begitu juga dengan alas meja dan permaidani. Kesemua yang dikehendakinya ditukarkan kepada warna putih meskipun dia tahu, pada waktu itu, restoran itu mengenakan tema yang berwarna 'maroon classic'.
"Pengurus restoran (F&B) pun merasa payah benar untuk memenuhi hasrat perempuan itu.." kata makcik.
"Bagaimana kami boleh menukar semua itu hanya untuk cik seorang?" tanya pengurus restoran kepada perempuan itu.
...............................................bersambung........................................
3 comments:
bah capat la ko kasi abis cerita..saspen gia ni...
Honey to belle - sabar ko ging...hahaha...
ya...haha...next2...:P
Post a Comment