........bersambung
"Saya akan membayar untuk semua ini..jangan khuatir"..."kalau kamu tidak percaya, ini kad perbankan saya..telefonlah pihak bank.." katanya.
Pengurus Hotel dan pengurus restoran itu menyangka masalah mereka selesai selepas memenuhi hasrat perempuan Inggeris yang berambut panjang itu. Rupa-rupanya, mimpi ngeri itu berterusan apabila dia meminta pula kamar tidurnya dicat putih keseluruhannya termasuk cadarnya, permaidani biliknya dan segala kelengkapan dalaman mestilah berwarna putih juga.
Saya langsung ketawa secara tidak sengaja.
"Ini benar-benar lucu.." kata saya kepada makcik. ".....Pelik benar orang ini.." kata saya lagi.
"Apalagi....terpaksalah pihak pengurusan hotel memenuhi kehendak perempuan yang kaya itu..." kata makcik sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Kemudian makcik pun menceritakan kepada saya akan sejarah lampau yang dialami oleh perempuan Inggeris itu. Sebenarnya perempuan itu pernah bertunang dengan seorang askar. Tunangnya meninggal dunia di medan peperangan. Mungkin kerana terlalu cintakan arwah tunangannya itu, dia berjanji tidak akan mengahwini sesiapapun dan hanya memakai baju putih dan lain-lain untuk memperingati cintanya terhadap lelaki itu. Baginya, putih adalah lambang cinta sejati mereka berdua.
Sedih pula saya mendengar penjelasan makcik itu. Dalam hati saya berkata....
"..Perlukah menyintai seseorang sehingga sedemikian rupa dan mengorbankan peluang kebahagiaan yang mungkin pernah datang dalam hidupnya selepas dia..? ..."Berbaloikah hidup dengan cinta yang tidak mungkin akan kembali...?" Mengenangkan seseorang yang kita cintai, tidak ada salahnya tetapi sehingga begitu sekali...?
Saya rasa dia patut menonton filem "Titanic" dimana Jack, pada saat nafasnya yang terakhir memesan kepada kekasihnya Rose, agar meneruskan hidupnya.
YA! perempuan Inggeris itu patut meneruskan hidupnya!
Apakah maksud cinta yang sebenarnya? Tahukah anda maksud cinta yang sebenar? Saya belum ada jawapan yang pasti untuk itu...Hmmm..
10 comments:
honeyBuzz~Hello Sis..
wah, kalau minat menulis ada advantage ni kak...
Kalau menulis dalam bahasa inggeris, boleh jadikan satu income online, hantarkan karya ke Amazon.com ntuk dijual dalam kategori ebook.
ataupun jika dalam bahasa Melayu, boleh mulakan perniagaan e-book, atau langsung saja hasilkan karya seperti novel / skrip...
Sis boleh email saya untuk kita bertukar-tukar idea dan pendapat
budakhutan10@gmail.com
ya...btul..ada gaya penulis oo honey ;) sokong!
Honey to BudakHutan - Hi...saya pernah terfikir juga untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan secara serius.
Masalahnya, saya kurang yakin pada kemampuan dan tahap penulisan saya.
Hmmm...nanti saya add kamu di yahoo k.
Thank you so much my friend.
Honey to gadis Borneo - Tulis-tulis cincai ja...bakat seorang penulis perlu diasah dan saya hanyalah seorang penulis blog sahaja...dan mengasah bakat kampungan di sini.
Terimakasih kerana selalu mengikuti blog honey. salam sejahtera.
Hi Honeybuzz, interesting conversation.
Youhave beautiful thoughts and expressions, outstanding!
Have a beautiful Sunday, Lee.
Baru sa perasan selama ni Honeybuzz! Setiap kali membaca blog ini, terasa macam membaca novel yang bagus!
Stail penulisan membuatkan pembaca tertanya-tanya apa kejadian seterusnya ^___^
Pendapat saya mengenai cerita gadis 'putih' tu, sepatutnya beliau 'live life by the fullest' seperti watak Rose dalam Titanic tu. Cinta yang pernah ada memang tidak akan boleh dilupakan, tapi hidup mesti terus :)
P.S: Nasip warna putih yang dia minta kan, cuba warna pelangi? Sandi' tu...
Honey to uncle Lee - thank you sir, just my 2 cents. Have a nice weekend
Honey to lizard - Hi..pakabar bro? saya cuma mengasah bakat kampungan ja...
Terimakasih kerana sudi memberikan sepatah dua komen di sini. Selamat Berhari minggu.
cinta sebenar...susah mau describe dengan kata2..kalau sy di pihak tu freak lady...sy will move on..tapi lau sy di pihak lelaki yang meninggal...sy nda tau sy rela ka mau kekasih sy tu ada org lain selain sy...hahaha..pelik kan sy..
Honey to belle - I think ..the person who left us wants us to be happy too..
only my 2 cents.
Post a Comment